Muhammad Hadi Muhammad Melayong
IKHTISAR: Artikel ini, dengan mengguna-pakai kaedah sejarah, pendekatan kualitatif, dan sorotan literatur, cuba memperkatakan dan menganalisis sejarah penghantaran pelajar-pelajar Brunei ke luar negara untuk menuntut, khasnya ke institusi-institusi pendidikan di Malaya (Malaysia sekarang), Singapore, dan negara lainnya di serata dunia. Pemerihalan ini dibincang berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi melalui temubual dengan bekas-bekas pelajar Brunei, serta berdasarkan pengalaman dan pandangan penulis sendiri yang pernah belajar di luar negara. Dapatan menunjukan bahawa dasar penghantaran pelajar-pelajar Brunei ke luar negara, khususnya ke Singapura, adalah bagi mengimbas kembali senerio sejarah pendidikan masa silam dengan tumpuan kepada dasar biasiswa kerajaan. Dasar kerajaan menghantar pelajar-pelajar ke Singapura bukanlah sesuatu yang sia-sia, tetapi berbaloi apabila dilihat melalui sumbangan pelajar-pelajar tersebut kepada bangsa dan negara pada masa kini. Diyakini pula bahawa dasar penghantaran pelajar Brunei ke Singapura, termasuk juga ke Malaysia, Mesir, dan UK (United Kingdom), pada tahun 1950-an sehingga 1980-an, telah mencapai matlamatnya untuk persediaan bagi pelaburan tenaga manusia dalam jangka panjang bagi mengisi kekosongan dalam jentera pentadbiran kerajaan dan swasta di Negara Brunei Darussalam. KATA KUNCI : Dasar Biasiswa; Pelajar Brunei; Menuntut di Luar Negara; Pelaburan Tenaga Manusia. ABSTRACT : “The Scholarship Policy for Abroad: A Perspective of Education History in Brunei Darussalam”. This article, using historical methods, qualitative approaches, and literature review, attempts to describe and analyze the history of Bruneian students to study abroad, especially to educational institutions in Malaya (present Malaysia), Singapore, and other countries around the world. This description is based on the information obtained through interviews with ex-Brunei students, and based on the experiences and views of the author who has been studying abroad. The findings show that the Brunei policy of sending students to abroad, especially to Singapore, was to recall the story of past educational history with the focus on government scholarship policies. The government's policy of sending students to Singapore is not in vain, but it is worth looking at the contributions of the students to the nation and the country today. It is also believed that the policy of sending the Brunei students to Singapore, including Malaysia, Egypt, and the UK (United Kingdom), in the 1950s until the 1980s, had reached its goal of preparing for long-term manpower investment to fill the vacancy in the government and private administration machinery in Brunei Darussalam. KEY WORD : Scholarship Policy; Brunei Students; Scholarship for Abroad; Human Capital Investment. About the Author: Dr. Muhammad Hadi Muhammad Melayong ialah Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan di Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi MIB (Melayu Islam Beraja) di Negara Brunei Darussalam. Bagi urusan sebarang akademik, alamat emel penulis adalah: [email protected] Suggested Citation: Melayong, Muhammad Hadi Muhammad. (2018). “Dasar Biasiswa ke Luar Negeri: Satu Perspektif Sejarah Pendidikan di Negara Brunei Darussalam” in SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah , Volume 6(2), September, pp.165-178. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and UBD Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, ISSN 2302-5808. A rticle Timeline : Accepted (May 20, 2018); Revised (July 27, 2018); and Published (September 30, 2018).
Haji Awang Asbol bin Haji MailAndi Suwirta
Haji Awang Asbol bin Haji Mail
Haji Awang Asbol bin Haji Mail
Haji Awang Asbol bin Haji Mail
Mohd Anuar RamliAbdul Qayyum Aminuddin