Abstract: Habiburahman El-Shirazy is an Indonesian novelist who writes novels with Islamic messages. Among his noteworthy works are Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih 1, Ketika Cinta Bertasbih 2, Pudarnya Pesona Cleopatra, Di Atas Sajadah Cinta, Dalam Mihrab Cinta, Cinta Suci Zahrana, Ayat-Ayat Cinta 2, Bumi Cinta dan Api Tauhid. This research will examine one of his novels, ‘Ayat-Ayat Cinta 2’, using a method to study works based on Islam known as a fitrah criticism of Sohaimi Abdul Aziz's views. Employing a textual analysis, the study focuses on the author-created characters and characterizations. The study indicates that the moral character pattern dominates the entire narrative when the author emphasizes human nature that tends towards goodness and nobility. It was also demonstrated that the human nature that possesses Asmaul Husna’s attributes can manifest them in themselves. The core pattern of religion, which is to recognize God’s uniqueness, may be noticed in the characters’ Islamic faith beliefs. Several characters return to the fitrah of a Muslim, demonstrating the probable Islamic, holy, and safe aspect of fitrah, as understood by fitrah's critics. The pattern of fitrah connected with worship also suggests that the featured characters are aware of their nature that was created to worship God. The findings of the analysis indicate that the author has successfully employed three patterns in Islamic teachings, namely belief, worship, and morals, to develop a character who adheres to the Islamic faith and can serve as a role model for the readers to be good believers. Keywords: Novel ‘Ayat-Ayat Cinta 2’; Fitrah Criticism; Islamic Faith, Human’s Nature; Asmaul Husna Abstrak: Habiburahman El-Shirazy merupakan penulis novel dari Indonesia yang tampil dengan novel-novel yang membawa mesej-mesej Islam. Antara karya-karyanya yang terkenal ialah Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih 1, Ketika Cinta Bertasbih 2, Pudarnya Pesona Cleopatra, Di Atas Sajadah Cinta, Dalam Mihrab Cinta, Cinta Suci Zahrana, Ayat-Ayat Cinta 2, Bumi Cinta dan Api Tauhid. Kajian ini akan menganalisis salah satu novelnya yang bertajuk Ayat-Ayat Cinta 2 dengan menggunakan satu pendekatan untuk mengkaji karya yang berasaskan Islam yang disebut sebagai kritikan fitrah gagasan Sohaimi Abdul Aziz. Kajian ini melibatkan analisis tekstual terhadap novel yang dikaji dengan memberi tumpuan kepada watak dan perwatakan yang digarap oleh pengarang dalam novel tersebut. Hasil daripada analisis terhadap novel Ayat-Ayat Cinta 2 didapati bahawa pola fitrah akhlak mendominasi keseluruhan novel ini apabila pengarang memberi perhatian kepada fitrah manusia yang cenderung kepada kebaikan dan berakhlak mulia, fitrah manusia yang memiliki sifat-sifat Asmaul husna dan dapat mengaktualisasikan sifat-sifat asmaul husna dalam diri. Pola fitrah akidah iaitu mengakui keesaan Allah juga dapat ditelusuri melalui pegangan dan kepercayaan watak-wataknya terhadap akidah Islamiah. Terdapat juga watak yang kembali kepada fitrah yang beragama Islam dan seterusnya dapat menyerlahkan maksud fitrah yang berpotensi Islam, suci dan selamat sebagaimana yang difahami dalam kritikan fitrah. Pola fitrah yang berkaitan dengan ibadah juga menunjukkan bahawa watak yang ditampilkan sedar akan fitrah mereka yang diciptakan untuk tujuan beribadah kepada Allah. Dapatan analisis menunjukkan tiga pola dalam ajaran Islam iaitu akidah, ibadah dan akhlak berjaya digembeling oleh pengarang dalam usaha menampilkan watak yang taat kepada agama Islam dan boleh memberi teladan kepada pembaca untuk menjadi seorang mukmin yang baik. Kata kunci: Novel Ayat-Ayat Cinta 2; Kritikan Fitrah; Akidah Islamiah; Fitrah Manusia; Asmaul Husna
Ira YuniatiMan HakimAjat ManjatoSarkati SarkatiRelika Imelda
Supriyati SupriyatiZulpa Raudhotul Jannah
Lilis SariMaulfi Syaiful Rizal