Hasanulddin MohdJamalluddin HashimWan Mohd Khairul Firdaus Wan KhairuldinEngku Ahmad Zaki Engku AlwiHannan Fatini Md Reshad
Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan institusi yang menguruskan simpanan umat Islam Malaysia serta perjalanan jemaah haji Malaysia bermula dari tanahair sehingga sempurna segala urusan yang berkaitan. Salah satu aspek terpenting ialah bimbingan ibadah jemaah haji yang menjadi nadi kepada perjalanan suci tersebut. Terdapat tanggapan yang mengatakan bahawa pendekatan bimbingan ibadah haji dan umrah yang dibawa oleh TH adalah terlalu sempit, rigid, keras dan tidak mesra jemaah. Persepsi ini mengundang fitnah terhadap kredibiliti TH dalam mengendalikan urusan haji jemaah Malaysia. Justeru, kertas ini akan menyorot metode bimbingan TH kepada para jemaah haji Malaysia serta membuat penilaian ringkas terhadapnya. Kajian menggunakan metode analisis dokumen dan temu bual dan seterusnya dianalisis menggunakan metode analisis kandungan dan perbandingan. Kajian mendapati TH mempunyai pendekatan dan manhaj yang tersendiri dalam bimbingannya terhadap jemaah haji Malaysia. Ia dikawal selia oleh badan tertinggi yang dikenali sebagai Ahli Jawatankuasa Pakar Rujuk Ibadah Haji TH-JAKIM (AJPIH). Dari aspek manhaj pengambilan rujukan, keseluruhan rujukan yang digunakan adalah berautoriti yang menggambarkan kredibiliti yang ada pada bimbingan TH ini. Bimbingan yang dikemukakan menepati pendekatan ulama mazhab al-Shafi‘e, di samping panel pengarang juga memiliki pendekatan yang agak fleksibel ketika membincangkan permasalahan hukum yang tertentu. Kajian ini dapat menyumbang saham dalam merungkai kemusykilan yang dilontarkan secara ilmiah dan kritis. Kesimpulannya, bimbingan haji dan umrah kepada golongan sasaran sewajarnya terus diberi penekanan dan diperkasakan pendekatannya agar semua pihak mendapat manfaat daripadanya. Lembaga Tabung Haji (TH) or Malaysian Hajj Fund Board is an institution that manages the savings of the Malaysian Muslims as well as the pilgrimage of Malaysian pilgrims from the homeland to the most relevant of all. One of the most important aspects is the teaching and guidance towards the pilgrims which considered as the heart of the holy journey. There is a perception that the approach to pilgrimage and umrah brought by TH is too narrow, rigid, harsh and unfriendly to the congregation. This perception invokes the credibility of TH's credibility in conducting Malaysian pilgrims. Therefore, this paper will highlight the TH guidance method for Malaysian pilgrims and make a brief assessment of it. The study used document analysis methods and interviews and then analyzed using content analysis and comparison methods. Studies show that TH has its own approach and manhunt in its guidance to Malaysian pilgrims. It is regulated by the highest body known as the TH-JAKIM Pilgrim Expert Committee Member (AJPIH). From the side of the jurisprudent resources methods, the references used is the authority that reflects the credibility of this TH guidance. The guidance provided is in line with the al-Shafi‘e scholar's approach, and the panel of authors also has a relatively flexible approach when discussing specific legal issues. This study can contribute to the resolution of the scientific and critical issues raised. In conclusion, the pilgrimage and umrah guidance to the target group should be emphasized and strengthened so that everyone can get the benefits from it.
Syed Abdul Aziz Hamid EdruceTamar Jaya NizarFarahwahida Mohd Yusof
Al Fini Aisyafar RahmayantiDindin SolahudinRohmanur Aziz