Mohd Adi Amzar Muhammad Nawawi
Ketika Cinta Bertasbih’s novel that’s wrote by Habiburrahman El-Shirazy is a leading Islamic pop novel in Indonesia and also received very encouraging enthusiasts in Malaysia. This is caused by the morality practice and responsibility values those applied by author when it produces the novel by focusing on the utilization of the Qur'an and Hadith as an important principle to the formation of Islamic tasawur. Indeed, this paper aims to study and analyze the utilization of the Qur'an and Hadith conducted by the author of the novel Ketika Cinta Bertasbih. This study used their forms by applying content analysis approach and used analysis of documents as data collection and textual analysis as analyzing textual method. The results of this study have shown Habiburrahman as the author of this novel has been utilizing the highest sources of Islam ie the Qur'an and Hadith through the utilization of fiction and maintain the sanctity of the nature both of the highest sources.Keywords: Islamic literature, Ketika Cinta Bertasbih, expansion, Habiburrahman El-Shirazy Abstrak: Novel Ketika Cinta Bertasbih karya Habiburrahman El-Shirazy merupakan novel pop Islami yang terkemuka di Indonesia dan juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peminat-peminat di Malaysia. Hal ini disebabkan oleh pengamalan moraliti dan nilai-nilai ketanggung jawaban yang diaplikasikan oleh pengkarya ketika menghasilkan novel ini dengan menitik beratkan pemanfaatan Al-Qur’an dan Hadith sebagai asas penting kepada pembentukan tasawur Islami yang syumul. Justeru, makalah ini bertujuan untuk merungkai dan menganalisis pemanfaatan Al-Qur’an dan Hadith yang dilakukan oleh pengarang dalam novel Ketika Cinta Bertasbih. Kajian ini menggunakan reka bentuk analisis kandungan dengan mengaplikasikan pendekatan analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan data dan analisis tekstual sebagai kaedah penganalisisan data. Hasil kajian ini telah memperlihatkan Habiburrahman selaku pengarang novel ini telah memanfaatkan sumber tertinggi Islam iaitu Al-Qur’an dan Hadith melalui pemanfaatan rangka fiksyen yang berhemah dan menjaga hakikat kesucian kedua-dua sumber tertinggi tersebut.Kata Kunci: sastera Islam, Ketika Cinta Bertasbih, pemanfaatan, Habiburrahman El-Shirazy